Facebook

Biografi SYAMSUDDIN AL-SUMATRANI

Biografi Syamsuddin Al-Sumatrani
Syamsuddin al-Sumatrani adalah salah seorang sufi Nusantara yang sering juga disebut Syamsuddin Pasai. Nama lengkapnya adalah al-Syaikh Syamsuddin ibn Abdullah al-Sumatrani. Ia berasal dari Sumatera, yang pada saat itu dikenal dengan nama Samudra Pasai. Ia hidup pada masa kerajaan Aceh Darussalam di bawah rezim Raja Iskandar Muda (1607-1636 M). Beliau adalah penerus ajaran wujudiyyah Hamzah Fansuri, yang pada akhirnya ajaran-ajaran beliau ditentang keras oleh Syaikh Nuruddin al-Raniri yang hidup pada masa rezim Raja Iskandar Tsani (1636-1641 M).Beliau dikatakan lahir antara tahun 1575-1630 M dan beliau dikatakan meninggal dunia pada saat kekalahan pasukan Aceh melawan Melaka, iaitu, 12 Rejab 1039 H atau bersamaan dengan 24 Februari 1630 M.
Tauhid adalah ajaran utama Syaikh Syamsuddin, iaitu tentang wujud Tuhan yang satu. Beliau merupakan penganut fahaman wahdat al-wujûd dan dikenali sebagai salah satu tokoh terkemuka kaum wujûdiyyah yang ada di Aceh. Beliau mengatakan bahawa tidak ada (sesuatu pun) dalam wujud kecuali Tuhan. Pandangan tidak ada mawjûd selain Tuhan dalam pengajaran Syaikh Syamsuddin ini disebut dengan ajaran tauhid murni atau tauhid hakiki (al-tawhîd al-khâlis).
Pemikiran tasawuf dari Syaikh Syamsuddin yang berkaitan dengan Tuhan dan alam adalah tentang martabat tujuh. Ketujuh martabat itu adalah martabat ahâdiyyah, martabat wahdah, martabat wâhidiyyah, martabat âlam al-arwâh, martabat âlam al-mîtsâl, martabat âlam al-‘ajsâm dan martabat âlam al-‘insân.

Karya-karya Syamsuddin Sumatrani ada yang ditulis dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu (Jawi). antara karyanya adalah seperti berikut:
  1. Jawhar al-Haqa’iq (30 halaman; berbahasa Arab), merupakan karyanya yang paling lengkap yang telah disunting oleh Van Nieuwenhuijze. Kitab ini menyajikan pengajaran tentang martabat tujuh dan jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhan.

  2. Risalah Tubayyin Mulahazhat al-Muwahhidin wa al-Mulhidin fi Dzikr Allah (8 halaman; berbahasa Arab). Karya yang telah disunting oleh Van Nieuwenhuijze ini, walaupun sedikit sahaja halamannya tetapi cukup penting kerana mengandungi penjelasan tentang perbezaan pandangan antara kaum yang mulhid dengan yang bukan mulhid.

  3. Mir’at al-Mu’minin (70 halaman; berbahasa Melayu). Karyanya ini menjelaskan ajaran tentang keimanan kepada Allah, para rasul-Nya, kitab-kitab-Nya, para malaikat-Nya, hari akhirat, dan kadar-Nya. Jadi pengajarannya dalam karya ini membicarakan butir-butir akidah, sejalan dengan faham Ahlus Sunnah wal Jama’ah (tepatnya Asy’ariah-Sanusiah).

  4. Syarah Ruba’i Hamzah Fansuri (24 halaman; berbahasa Melayu). Karya ini merupakan ulasan terhadap 39 bait (156 baris) syair Hamzah Fansuri. Isinya antara lain menjelaskan pengertian kesatuan wujud (wahdat al-wujud). Karya ini bukti yang cukup kuat bahawa Syamsuddin Sumatrani adalah penyambung aktiviti dan bertanggungjawab menyebarkan ajaran gurunya Hamzah Fansuri.

  5. Syarah Sya’ir Ikan Tongkol (20 balaman; berbahasa Melayu). Karya ini merupakan ulasan (syarh) terhadap 48 baris sya’ir Hamzah Fansuri yang mengupas soal Nur Muhammad dan cara untuk mencapai fana’ di dalam Allah.

  6. Nur al-Daqa’iq (9 halaman berbahasa Arab; 19 halaman berbahasa Me1ayu). Karya yang sudah ditranskripsi oleh AH. Johns ini (1953) mengandungi pembicaraan tentang rahsia ilmu makrifah (martabat tujuh).

  7. Thariq al-Salikin (18 halaman; berbahasa Melayu). Karya ini mengandungi penjelasan tentang sejumlah istilah, seperti wujud, ‘adam, haqq, bathil, wajib, mumkin, mumtani’ dan sebagainya.

  8. Mir’at al-Iman atau Kitab Bahr al-Nur (12 halaman; berbahasa Melayu). Karya ini berbicara tentang ma’rifah, martabat tujuh dan tentang roh.

  9. Kitab al-Harakah (4 halaman; ada yang berbahasa Arab dan ada pula yang berbahasa Melayu). Karya ini berbicara tentang ma’rifah atau martabat tujuh

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Biografi SYAMSUDDIN AL-SUMATRANI "

Post a Comment